Aktiviti Merdeka, Kuiz Silang Kata Merdeka

Pada 2 Ogos yang lalu, 4 orang pelajar telah berkunjung ke PEDi Tanjung Manis untuk menyertai kuiz kemerdekaan. Staf PEDi memberi tunjuk ajar kepada pelajar tersebut untuk menyelesaikan kuiz tersebut. Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2022 adalah bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama seperti diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa pada 1 Julai 2022.

Sambutan rasmi juga akan diadakan secara sederhana dalam norma baharu seperti tahun lepas. Penetapan Keluarga Malaysia Teguh Bersama sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan ke 65/ Hari Malaysia (Malaysia Day) ke 59 tahun 2022 bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan wabak Covid-19 yang melanda negara.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *