Pada 26 Ogos 2022, Pustaka Negeri Sarawak (Sibu) telah mengadakan Program Accelerate di PEDi Meradong yang dihadiri seramai 25 orang bakal usahawan dan usahawan kecil. Program ini disasarkan khasnya kepada para wanita yang berminat untuk memulakan perniagaan kecil serta pemilik perniagaan kecil yang ingin mempelajari asas kemahiran digital, perniagaan dan literasi kewangan.
Program ini bertujuan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh usahawan wanita dimana kurikulum Accelerate merangkumi latihan secara langsung. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang asas perniagaan dan keusahawan khususnya kepada para wanita yang berminat menceburi bidang perniagaan.