PEDi akan menganjurkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama beberapa agensi Kerajaan dan swasta. Pelbagai program keusahawanan diketengahkan bagi membantu usahawan kecil menjalankan perniagaan secara dalam talian melalui platform e-dagang, memahami kebolehpasaran produk, khidmat dalam strategi penjenamaan, pemasaran, pembungkusan dan …
Read More »Apakah peranan Ikon Usahawan PEDi?
Usaha memperkasakan usahawan setempat ia akan disokong oleh Ikon Usahawan PEDi iaitu usahawan kecil dari masyarakat setempat yang telah berjaya agar dapat memberi motivasi dan menyemarakkan semangat kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh Puan Normala di PEDi Kg. Durian Tawara, Bera, Pahang yang dikenali oleh masyarakat …
Read More »Apakah peranan Rakan Digital PEDi?
Seramai 600 Rakan Digital PEDi akan dilantik dan ditugaskan untuk menjalankan program-program yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Ini adalah tambahan tenaga kerja ke PEDi tersebut yang pada hakikinya mempunyai Pengurus dan Penolong Pengurus. Rakan Digital PEDi akan menjalankan pelbagai latihan, akan menjadi penasihat kepada usahawan mikro serta …
Read More »Bagaimana kita dapat memastikan objektif pembangunan PEDi dapat dicapai dengan efektif?
Bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi peranan PEDi sebagai pusat pendigitalan dan tumpuan komuniti setempat, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Panel Penasihat PEDi diwujudkan di semua PEDi di seluruh negara. Objektif utama Panel Penasihat PEDi adalah untuk menggalak dan memberi peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) dalam kalangan komuniti setempat untuk …
Read More »Apakah bentuk latihan atau kursus yang ditawarkan di PEDi?
Setiap PEDi menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti: latihan ICT,Latihan keusahawanan,Latihan multimedia,e-pembelajaran,Latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro; dan Program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan. Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan …
Read More »