13 lagi Pusat Digital Ekonomi Malaysia (PEDi) akan dibina di Sabah, tahun ini. Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia,Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, ia akan ditempatkan di 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berbeza.
Tambahan PEDi itu penting, bagi memastikan usahawan kecil dan sederhana di Sabah menerima latihan keusahawanan dan perniagaan secara dalam talian. Setakat ini, terdapat 118 PEDi di Sabah.
Ia termasuk 3 PEDi baharu yang siap dibina pada suku pertama tahun ini., iaitu PEDi Pantai Emas Kota Belud, PEDi Langkon Kota Marudu dan PEDi Kemabong Tenom. Beliau ditemui media selepas melawat PEDi Projek Perumahan Rakyat PPR Taman Sri Rugading Tuaran.