Pada Sabtu, 27 Ogos 2022 telah diadakan satu Program Kemerdekaan yang telah berlangsung di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felcra Sungai Ara. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan hari kemerdekaan negara Malaysia. Program ini adalah anjuran Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felcra Sungai Ara dengan kerjasama Perpustakaan Desa Kampung Semaloi.
Antara aktiviti yang diadakan adalah, poster digital, quizizz kemerdekaan, klik dengan bijak dan tayangan video. Program ini telah bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.