Ceramah & Demonstrasi Alat Pemadam Api

Pada 1 Oktober 2022, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) bahagian Miri dan Subis telah menjalankan program Ceramah dan Demonstrasi Alat Pemadam Api dengan kerjasama pihak Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral yang bertempat di PEDi Kg. Luak.

Program ini diadakan selama 3 jam iaitu dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral kerana sudi menyampaikan ceramah dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api kepada para peserta yang terlibat.Kerjasama dan kehadiran daripada komuniti Kg. Luak juga amat kami hargai.

Terima kasih kerana menyertai program yang telah dianjurkan. Semoga melalui program yang dijalankan ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan para peserta dan dapat dipraktikkan didalam situasi sebenar.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *