ICT & Fun Learning Clas

Berlangsung dengan jayanya kelas ketiga kelas ICT & Fun Learning di PEDi Kg Taee. Seramai 7 orang pelajar telah hadir pada hari ini. Pelajar terdiri daripada 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Ini merupakan kelas sesi berlansung, manakala sesi petang terdiri daripada 6 orang yang merupakan 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan.

Antara aktiviti yang dilakukan pada hari ini ialah Paper Fish Craft. Para pelajar diajar membuat origami yang comel secara kreatif. Ianya sangat mudah dan tidak memerlukan kemahiran motor yang tinggi. Ini adalah proses pembelajaran di PEDi Kg Taee.

Para pelajar sangat seronok bersama rakan dan ticer dalam melakukan aktiviti ini. Semangat para pelajar untuk menyiapkan tugasan harus dipuji kerana mereka berusaha menyiapkan kraftangan untuk dibawa balik kepada keluarga di rumah. Untuk pengetahuan, kelas ICT merujuk kepada kelas pengenalan dan pengetahuan ilmu pengkomputeran, asas internet dan tips keselamatan di internet.

Untuk pengetahuan, kelas ICT merujuk kepada kelas pengenalan dan pengetahuan ilmu pengkomputeran, asas internet dan tips keselamatan di internet. Kelas ICT diadakan pada setiap hari isnin dan selasa pada jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.Manakala kelas Fun Learning merupakan kelas interaktif, DIY, eksperimen Sains, kelas muzikal dan lain-lain aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan. Teruskan menyokong kami di PEDi Kg Taee, Sarawak.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *