Menaip dan Imej

Berlangsung dengan jayanya modul keempat kelas ICT & Fun Learning di PEDi Kg Taee. Seramai 8 orang pelajar telah hadir pada hari ini. Pelajar terdiri daripada 3 orang lelaki dan 5 orang perempuan.

Antara aktiviti yang dilakukan pada hari ini ialah Menaip dan Memasukkan Imej menggunakan MS Office. Mereka juga diberi peluang untuk memahir dan melatih tangan menggunakan tetikus dan papan kekunci untuk fungsi remove dan drag.

Para pelajar juga berpeluang untuk bermain permainan Kahoot secara onlne. Aktiviti seperti ini sangat memberi aura positif kepada pelajar kerana memberi ransangan untuk berfikir secara kretif mencari jawapan yang betul. Ini adalah proses pembelajaran di PEDi Kg Taee. Untuk pengetahuan, kelas ICT merujuk kepada kelas pengenalan dan pengetahuan ilmu pengkomputeran, asas internet dan tips keselamatan di internet.

Kelas ICT diadakan pada setiap hari isnin dan Selasa pada jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Manakala kelas Fun Learning merupakan kelas interaktif, DIY, eksperimen Sains, kelas muzikal dan lain-lain aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan. Kelas Fun Learning diadakan pada setiap hari.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *