Kelas Asas Microsoft Word Bersama Pengunjung Cilik

Pada 14 Oktober 2022, PEDi Engkilili telah mengadakan kelas asas Microsoft Word bersama pengunjung cilik yang merupakan ahli aktif PEDi. Kelas ini diadakan di bilik latihan PEDi Engkilili dan dihadiri oleh dua orang pengunjung cilik iaitu ahli aktif PEDi. Pengisian kelas ini adalah ahli PEDi belajar menaip menggunakan format Microsoft Word.

Dalam kelas ini, peserta disuruh menaip satu ayat dengan berpandukan panduan yang ditunjukkan di papan putih. Dengan adanya kelas begini, peserta akan lebih tahu cara menaip dengan betul. Kelas ini berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 3.30 petang.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *