Pengurusan Akaun Perniagaan

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg. Repek, Jumaat – 14 Oktober 2022 – PEDi Repek sekali telah mengendalikan kelas bersama seorang usahawan berkaitan pengurusan akaun perniagaan menggunakan Microsoft Excel. Kelas ini bertujuan bagi membantu usahawan menguruskan perniagaan beliau dengan lebih sistematik dan efisien. Hal ini telah menarik minat Puan Sharon Tan Hui Lee, 51 atau lebih mesra disapa sebagai Kak Sharon yang merupakan usahawan PEDi Repek yang selalu bersemangat untuk mempelajari ilmu ICT baru bagi meningkatkan mutu perniagaan beliau.

Kelas ini merupakan kelas yang kelima disertai oleh usahawan ini yang menjual pelbagai produk kecantikkan dan kesihatan yang kenali sebagai NB Beauty Wellness. Beliau giat mempromosikan produk serta perkhidmatan salon dari ke rumah-rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Namun kini, beliau mula memperkenalkan produk jualan beliau dengan merasmikan pembukaan salon beliau tersendiri. Jadi, perniagaan beliau juga telah mengalami peningkatan jualan yang sangat baik. Jadi, dengan menggunakan Excel beliau dengan mudahnya dapat merekod data duit keluar masuk dan pengiraan juga dilakukan secara automatik setelah memasukkan data-data perniagaan yang tepat ke dalam perisian Excel. Jadi, hal ini dapat memudahkan beliau memantau perjalanan perniagaan beliau dengan lebih terperinci dan lebih baik.

Justeru itu, kakitangan PEDi amat mengalu-alukan kunjungan masyarakat yang berminat untuk ceburi bidang perniagaan secara atas talian bagi menyertai kelas-kelas yang dianjurkan untuk usahawan yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Kami amat menantikan kunjungan usahawan setempat dan berbesar hati untuk membantu komuniti meningkatkan pendapatan serta meluaskan empayar perniagaan mereka dimasa hadapan.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *