Perkhidmatan Kaunter Bergerak Tabung Haji

Tabung Haji Kuala Krai telah membuat Perkhidmatan Kaunter Bergerak di PEDi Kg Karangan pada hari isnin bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 1.00 tengahari. Tabung Haji telah melancarkan inisiatif perkhidmatan bergerak TH bersama Komuniti kerana perkhidmatan kaunter TH di Kuala Krai akan ditutup sepenuhnya. Oleh itu, pihak TH memberi peluang kepada komuniti sekitar untuk membuat urusan berkaitan TH melalui perkhidmatan kaunter bergerak ini.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti Pembukaan akaun (dewasa & kanak-kanak) serendah RM10.00, Simpanan wang tunai, Pembukaan akaun baru TH, Pendaftaran haji, Kemaskini maklumat, Pertukaran akaun kanak-kanak ke dewasa, Permohonan penyata akaun, Potongan gaji dan THiJari (Online TH).

TH juga meminta komuniti untuk memuat turun aplikasi THiJARI iaitu sebuah rangkaian perkhidmatan digital TH. Ia merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan yang disediakan oleh TH seperti semakan akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan Kelab TaHa secara dalam talian kepada pelanggan TH.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *