Bengkel Fotografi Smartphone

Pada 22 oktober 2022 telah diadakan BENGKEL FOTOGRAFI SMARTPHONE di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Bako dengan kerjasama UNIMAS dan Semarak Creative Sdn Bhd. Seramai 30 peserta telah menyertai Bengkel ini yang terdiri daripada penduduk sekitar dan juga pelajar tingkatan 6 SMK Bako.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk berkongsi teknik fotografi dengan hanya menggunakan telefon pintar. Sebelum mengaplikasikan teknik fotografi, ceramah berkaitan telah disampaikan oleh Encik Hishamuddin Siri, Pensyarah UNIMAS. Para peserta mula mendaftar pada jam 830 pagi dan disertai dengan minum pagi. Seterusnya ice breaking dimulakan bagi memberi sedikit sebanyak pengenalan pada para peserta dan pembahagian kumpulan dilakukan. Ceramah dimulakan pada jam 930 pagi sehingga 1130 pagi. Seterusnya para peserta berehat untuk makan tenghari . Pada jam 1230 tenghari semua peserta dibenarkan keluar di dalam kumpulan masing2 bagi mengaplikasikan teknik yang telah dipelajari dan kembali ke PEDi pada jam 230 dengan hasil yang didapati.

Setiap kumpulan telah diberikan tema dan dikehendaki mengambil gambar mengikut tema yang telah diberikan. Antara tema yang disediakan ialah flora and fauna, fisherman and boat, food, tourist attraction, economy and business and potraits.

Bengkel telah diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada setiap peserta dan pemilihan tiga hasil karya terbaik oleh kumpulan yang terpilih. Kumpulan yang terpilih telah mendapat sedikit saguhati daripada pihak penganjur.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *