Program Literasi Komputer dan Keusahawanan

Pada 19 – 20 Oktober 2022 bertempat di PEDi RPA Arau diadakan Program Literasi Komputer dan Keusahawanan Giatmara Kursus Teknologi Kimpalan Dan Fabrikasi Logam (KFL).Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memantapkan ilmu dan kemahiran peserta dalam bidang ICT dan pengurusan maklumat dan memupuk nilai usahawan di kalangan peserta.

Antara modul yang diajar oleh staf PEDi kepada pelajar Giatmara sepanjang 2 hari diadakan adalah asas keusahawanan seperti “Online Marketing, Facebook Page, Create Presentation Slide, Product Photography, Microsoft Office, Canva, WhatsApp in Businesses.”

Menerusi aktiviti ini, peserta terutama golongan belia dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari bagi mempersiapkan diri sebagai seorang usahawan. Aktiviti bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Program ini telah memberikan gambaran yang lebih jelas kepada peserta tentang peranan dan fungsi PEDi dari aspek pengukuhan aktiviti e-Dagang , inisiatif memperkasa usahawan bagi memacu ekonomi digital dan membantu usahawan menjalankan perniagaan di platform digital.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *