KDB – Talian 997 (Penipuan Siber)

Pada 25 Oktober 2022 – PEDi Kg Karangan telah menyertai satu perkongsian menarik dan bermanfaat Klik Dengan Bijak dengan topik Talian 997 (Penipuan Siber) yang dikendalikan oleh Pengurus PEDi Repek ,Pn. Norbaya dan disertai bersama oleh PEDi Batu Gajah dan PEDi Lawang melalui StreamYard Live FB PEDi Repek.

Talian 997 adalah talian kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC). NSRC adalah sebuah pusat respons setempat yang menggabungkan sumber dan kepakaran daripada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Talian 997 itu adalah alternatif kepada orang awam selain talian khusus bank masing-masing dan ia itu beroperasi setiap hari bermula 8:00 pagi hingga 8:00 malam. Talian NSRC adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi menangani kes-kes jenayah penipuan siber dengan lebih berkesan dan bersepadu. Tindakan segera menghubungi pihak bank atau NSRC adalah sangat penting bagi membolehkan tindakan menyekat pengeluaran wang mangsa daripada sistem perbankan. Selepas mendapat laporan, NSRC akan menyelaraskan tindak balas agensi penguatkuasaan undang-undang, institusi kewangan dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi bagi mencegah mangsa daripada menghadapi kerugian kewangan selanjutnya, berusaha mengesan dana yang telah dicuri, menjalankan siasatan terhadap jenayah penipuan tersebut dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah.

Pihak PEDi memilih topik ini kerana ia menjadi talian NSRC 997 baru sahaja diperkenalkan bagi membantu komuniti supaya mereka lebih peka dengan maklumat terkini, sekiranya mereka menjadi mangsa kepada penipuan siber ini mereka boleh terus menghubungi talian ini.

Kesimpulannya,Pihak PEDi sentiasa peka berkaitan isu semasa dan berusaha untuk memberi maklumat kepada komuniti agar tidak menjadi mangsa penipuan dalam menggunakan kemudahan dan alat teknologi pada masa kini.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *