Kelas Asas Pelekat Produk (Ms Publisher)

PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung pada pukul 9:30 petang hingga 11:30 petang. Kelas yang berlangsung selama 2 jam tersebut telah disertai oleh 1 orang peserta yang terdiri daripada komuniti tempatan. Kelas tersebut telah diadakan di dalam bilik latihan PEDi Lubok Antu.

Kelas ini adalah bagi membimbing peserta yang baru sahaja ingin menceburi bidang perniagaan dan ingin membuat pelekat produk sendiri menggunakan Microsoft Publisher. Peserta diberi perkongsian tips pelekat produk yang menarik perhatian, mempunyai maklumat nama produk dan sedikit maklumat perniaga produk iaitu nombor telefon perniaga bagi memudahkan pembeli untuk menghubungi perniaga sekiranya menempah lagi produk yang ingin dibeli.

Staf yang bertugas memberi pendedahan kepada peserta tentang pemilihan bentuk pelekat yang dikehendaki, cara memuat naik gambar dalam produk perniagaan, jenis tulisan yang sesuai digunakan dalam pelekat produk perniagaan, penggunaan warna latar belakang yang menarik perhatian pembeli yang digunakan dalam pelekat produk perniagaan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  1. Pengenalan kepada pelekat produk perniagaan
  2. Proses praktikal menghasilkan pelekat produk perniagaan
  3. Bersurai

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *