Kelas Asas Poster dan Editing Design Bersama Rakan Digital

Pusat Ekonomi Digital Malaysia (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan program Kelas Asas Poster dan Editing anjuran Rakan Digital dan dikendalikan oleh Cik Sylvia Valentine (Graphic Designer & Content Creator). Kelas bermula pada pukul 2:00 petang hingga 4:30 petang. Kelas ini diadakan di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Seramai 7 orang komuniti setempat telah menghadiri kelas yang dianjurkan tersebut.

Antara pengisian kelas tersebut adalah mempelajari teknik yang betul untuk membuat poster. Cik Sylvia telah memberi tunjuk ajar dalam menghasilkan poster yang terbaik. Peserta telah diberikan masa untuk membuat sendiri poster dengan bimbingan Cik Sylvia dan Rakan Digital. Kelas ini banyak memberi manfaat dan meningkatkan pengetahuan usahawan di dalam penggunaan poster untuk perniagaan.

Diharapkan dengan ilmu yang telah diajar ini dapat memberi manfaat kepada para peserta untuk menceburi bidang baru dan secara langsung dapat membantu mereka untuk menjana pendapatan. Selamat maju jaya dan tahniah kepada para peserta.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *