YB Menteri Utiliti & Telekomunikasi Sarawak ke PEDi Daro

Tanggal 22 Oktober 2022 merupakan hari yang bersejarah dan amat bermakna bagi PEDi Daro kerana telah mendapat lawatan kerja daripada Yang Berhormat Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke PEDi Daro pada 22 Oktober 2022. Turut mengiringi beliau adalah Yang Berhormat Datuk Liwan Lagang (Timbalan Menteri Utiliti dan Kominikasi Sarawak), Yang Berhormat Encik Safiee bin Haji Ahmad (Ahli Dewan Undangan Negeri N.43 Daro) serta Yang Berbahagia Encik Adiman Ajem (Pengarah Negeri, Pejabat MCMC Negeri Sarawak).

Pengurus PEDi Daro serta dibantu oleh Penolong Pengurus PEDi Daro berkesempatan memberi taklimat lebih lanjut mengenai PEDi dan PEDi Daro khasnya serta sumbangannya kepada komuniti sekitar.

Seramai 30 orang hadirin yang menyertai lawatan tersebut yang merupakan ahli rombongan Yang Berhormat serta para peserta dan juru ajar kursus keusahawan yang kebetulan dianjurkan pada hari yang sama.

Jutaan terima kasih juga ditujukan khas kepada pihak MCMC cawangan Sibu kerana telah memberi bantuan demi melancarkan program lawatan kerja tersebut.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *