Pendaftaran Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)

Pengurus PEDi telah membantu seorang pengguna iaitu Encik Mohd Najib bin Abdul Hamid untuk mendaftarkan borang pernikahannya secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).

Pendaftaran telah dijalankan pada 30 Oktober 2022 iaitu pada hari ahad bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Encik Mohd Najib mengakui bahawa dirinya kurang mahir menggunakan platform secara atas talian akan tetapi perkhidmatan yang disediakan di PEDi membolehkan beliau melaksanakannya dengan mudah.

Pendaftaran dijalankan dengan Encik Mohd Najib diarahkan untuk menyediakan segala maklumat butiran peribadi bagi dirinya dan pasangan. Setelah selesai melakukan pendaftaran, borang SPPIM milik beliau akan dicetak dan Encik Najib perlu mendapatkan cop Ketua Kampung dan menjalani ujian HIV serta persiapan beberapa dokumen yang lain sebelum permohonan selesai.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *