Pada 29 November 2022 PEDi Batu Gajah telah mengadakan satu sesi kelas asas ICT kepada komuniti sebagai pengetahuan ilmu asas ICT.Kelas diadakan di PEDi Batu Gajah yang dikelolakan oleh Pengurus PEDi Batu Gajah,Cik Hanani.Kelas diadakan pada jam 10 pagi hingga jam 11 pagi yang di wakili oleh Pn. Kamsuhaila binti Abd Rahman sebagai komuniti yang berminat untuk mempelajari asas ICT.
Pihak PEDi memberi tugasan kepada Kamsuhaila untuk membuat satu kiriman Surat Rasmi kepada Pemilik Syarikat.Dalam situasi tersebut pihak PEDi memberi situasi di mana Kamsuhaila mahu berhenti kerja dari syarikat nya kerna beberapa faktor yang tidak dapat dielak.Tugas Kamsuhaila adalah perlu menulis surat mengikut situasi yang diberi memggunakan format yang betul surat rasmi.
Pihak PEDi berperanan memantau hasil kerja komuniti kami agar dapat menulis surat rasmi atau menggunakan Microsoft Word dengan baik.Dari pemantaun pihak PEDi Pn.Kamsuhaila ada kemampuan ICT tetapi perlu diasah dan dipraktikkan sentiasa agar Asas ICT mampu dikuasai dengan baik.
Setelah selesai membuat surat rasmi,Pihak PEDi meneliti hasil kerja Pn.Kamsuhaila dan menjelaskan bahagian mana yang salah selain turut menyuruh Pn.Kamsuhaila untuk membuang ruang antara perenggan,menukar saiz dan corak tulisan yang sepatutnya membuat garisan dan beberapa perkara yang perlu. Dari situ juga membuatkan Pn.Kamsuhaila untuk berkunjung lagi ke PEDi bagi mengasah ilmu asas ICT beliau.
Pihak PEDi sangat mengalukan kedatangan komuniti setempat ke PEDi Batu Gajah agar mengambil peluang dari kemudahan yang tersedia ada di PEDi yang sememangnya untuk kemudahan komuniti setemapat kami.