Pada 17 Februari 2023 seorang komuniti Tebelu telah menggunakan perkhidmatan bilik latihan PEDi Tebelu sebagai tempat untuk menjalankan kursus secara atas talian. Kursus Online QE Consultant yang berlangsung dari pukul 10.00 pagi sehingga jam 3 petang telah berjalan dengan jayanya.
Pihak PEDi Tebelu berharap lebih ramai komuniti Tebelu yang akan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi Tebelu. Semoga perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan dapat memberi manfaat yang lebih banyak kepada komuniti Tebelu dan sekitarnya.