Jaga Reputasi Digital Anda

Pada 12 Mac 2023 yang lalu, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Spaoh (PEDi Spaoh) telah berkongsi satu video yang bertajuk “Jaga Reputasi Digital Anda.” Video advokasi yang berdurasi selama satu minit 33 saat itu telah dimuat naik ke platform media sosial PEDi Spaoh seperti Facebook, Instagram dan TikTok.

Reputasi digital amat penting kerana ia memberikan gambaran mengenai diri anda di dunia nyata. Ia bergantung secara langsung dengan tingkah laku kita dalam talian serta kandungan mengenai diri kita yang dikongsi di ruangan tersebut. Maklumat tersebut akan terkumpul bertahun-tahun lamanya untuk membina sebuah profil lengkap tentang diri kita dalam talian.

Antara initipati yang terkandung dalam video perkongsian tersebut adalah:

-Perkara-perkara yang masyarakat perlu tahu tentang reputasi digital.
-Tip untuk memperbaiki dan menjaga reputasi digital.

Melalui perkongsian video tersebut, diharap komuniti khususnya pengguna Internet lebih berjaga-jaga ketika memuat naik sebarang bentuk penulisan atau gambar di media –media sosial. Ini kerana bahan-bahan yang dimuat naik di Internet akan terus kekal di dunia maya dan disebabkan itulah kita diseru untuk menjaga reputasi digital kita.

Facebook: https://www.facebook.com/rafidah

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *