Kelas Permohonan Pengurusan Tanah Persekutuan dan Pembahagian Pusaka

Pada 11 Mac 2023 yang lalu telah diadakan satu kelas di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 bagi membantu pengguna untuk mengisi borang Pengurusan Tanah Persekutuan dan Pembahagian Pusaka. Pihak pengurusan PEDi telah memberi kerjasama kepada pengguna dalam memastikan urusan tersebut dapat di selesaikan dengan sempurna.

Permohonan secara atas talian itu berjalan selama dua jam bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir sehingga 5.00 petang. Semoga pihak pengguna berpuas hati dengan bantuan PEDi dalam memastikan urusan tanah pusaka dapat diselesaikan dengan baik.

Maklumat lanjut, sila hubungi http://feldapasoh3.pimaxis.my/aktiviti/2023/12Mac23_110323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *