Daftar Pra Sekolah

Pada 16 March 2023, warga setempat telah datang di PEDi Kg Chengal untuk menggunakan kemudahan peranti komputer dan internet bagi membuat urusan daftar Pra Sekolah untuk anaknya bagi sesi 2024/25 akan datang. Seiring dengan kemajuan teknologi dan kemudahan internet, pendaftaran Pra Sekolah juga perlu di daftar menggunakan kaedah atas talian.

Sehubungan dengan itu, AM PEDi Kg Chengal iaitu Encik Faris mengambil peluang yang ada untuk memberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) kepada warga tersebut. Taklimat ini bertujuan untuk memupuk kesedaran komuniti dan warga setempat agar menggunakan kemudahan internet dengan berhemah dan terperinci. Selain menggunakan kemudahan yang ada, warga tersebut itu didedahkan apa itu Klik Dengan Bijak (KDB) yang bermatlamat keselamatan, waspada dan bertanggungjawab supaya dapat mencegah salahguna kemudahan akses internet.

Pihak PEDi berharap pendedahan dan pembelajaran akses internet dan komputer tersebut dapat mengelakkan daripada berlakunya salahguna kemudahan akses internet dan teknologi masa kini.

Maklumat lanjut sila layari http://kgcengal.pimaxis.my/aktiviti/2023/22Mac23_160323i.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *