Penulisan Resume & Cover Letter

Bertempat di PEDI Tj. Bowang, satu sesi Bimbingan Komuniti telah berlangsung seperti ketetapan di bawah :

Tarikh: 18 Mac 2023
Masa: 9.30 am – 11.30 am
Tempat: PEDi Tanjong Bowang

Sesi ini terbuka kepada komuniti setempat dan telah disertai oleh dua orang belia yang merupakan lepasan pelajar universiti. Mereka telah didedahkan dengan perkongsian seperti berikut:

-Aplikasi Canva sebagai platform mudah untuk menghasilkan resume yang menarik.
-Platform cari kerja dalam talian seperti Jobstreet dan Jobstock yang boleh digunakan untuk mencari kerja dan memohon kerja secara dalam talian.
-Penggunaan aplikasi ChatGPT untuk membantu membuat kandungan resume dan pembinaan ayat menarik.

Sesi ini telah mendapat maklum balas yang positif dalam kalangan peserta dan semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat.

Maklumat lanjut sila layari http://tjbowang.pimaxis.my/aktiviti/2023/21Mac23_180323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *