Taklimat KDB Bersama Kluster Pasir Puteh & Besut

Pusat Ekonomi Digital, Selasa, 21 Mac 2023 – PEDi Jeram teleh menyertai program taklimat KDB bersama-sama dengan PEDi Kluster Pasir Puteh dan Kluster Besut di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai. Antara PEDi yang terlibat ialah PEDi Tok Janggut, PEDi Sg Petai, PEDi Gong Kulim, PEDi Jeram. PEDi Kluster Besut yang terlibat adalah PEDi Tasek Mengkuang dan PEDi Kg Baharu. Taklimat tersebut disertai seramai 300 orang terdiri daripada pelajar dan guru SMK Sungai Petai.

Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini adalah bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi maklumat masa kini terhadap kandungan media baru (bijak internet). Ia juga adalah memfokuskan kearah mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. KDB juga turut dapat membantu didalam memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.

Selain daripada itu, pihak PEDi juga turut mempromosikan perkhidmatan atau kemudahan yang terdapat di setiap PEDi. Antaranya ialah PEDi turut menyediakan kemudahan capaian internet serta tempat yang selesa untuk pengunjung yang ingin menyiapkan tugasan atau kerja kursus.

Maklumat lanjut sila layari http://kgjeram.pimaxis.my/aktiviti/2023/30Mac23_210323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *