Kelas keusahawanan

Pada 24 Mac 2023, Jumaat – PEDi Batu Gajah telah bekerjasama dengan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian ilmu keusahawanan iaitu kelas dekorasi Bersama PEDi. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam yang disertai staf dan rakan digital PEDi Batu Gajah dan PEDi Lawang yang dikelola oleh Pengurus PEDi Batu Gajah,Cik Hanani.

Umum mengetahui,seseorang akan merasi dihargai apabila mendapat sesuatu atau hadiah walaupun hanya sekuntum bunga yang cantik.’Bouquet’ adalah salah satu idea yang mampu memberi kecerian kepada seseorang dan perasaan dihargai.Oleh itu,perniagaan ‘Bouquet’ adalah salah satu perniagaan yang boleh dipelajari dan dijadikan sebagai pendapatan yang lumayan.Dari situ,pihak PEDi sangat memberi galakan kepada komuniti atau usahawan untuk aktif dalam perniagaan ‘Bouquet’ yang juga boleh bermula hanya dari rumah.

Tujuan kelas tersebut adalah untuk berkongsi ilmu dekorasi kepada staf dan Rakan Digital PEDi bagi memperkembangkan lagi idea-idea keusahawanan yang boleh dikongsi kepada komuniti atau usahawan desa yang baru atau sudah lama dalam keusahawanan sebagai tambahan perniagaan mereka sama ada secara atas talian atau secara terus.

Hal ini kerana cara pembuatannya yang mudah dan kreatif,menjimatkan dan mampu memberi peluang pendapatan yang lebih kepada para usahawan.Usahawan hanya perlu rajin dalam mencipta idea kreatif membuat jambangan ‘Bouquet’ yang cantik dan terkini.Antara bahan yang asas dalam pembuatan dekorasi hanyalah seperti gunting,reben,belon,coklat atau bahan lain yang bersesuaian atau mengikut permintaan pelanggan.

Pihak PEDi sentiasa berusaha mencari dan membantu komuniti dalam pelbagai bidang agar dapat membantu menjana pendapatan dari pelbagai sudut terutama dalam perniagaan secara atas talian yang lebih meluas dan cepat.Pihak PEDi juga berharap komuniti sentiasa mengambil peluang ilmu keusahawanan dari pihak PEDi agar dapat kami bantu dari pelbagai aspek secara tidak lansung melahirkan komunit celik IT dan usahawan desa yang berinovasi.

Maklumat lanjut sila layari http://kgbatugajah.pimaxis.my/aktiviti/2023/27Mac23_240323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *