Pameran Klik Dengan Bijak

Pada 9 Mac 2023, Pusat Ekonomi Digital Kodiang telah membuka booth Klik dengan Bijak (KDB) di Kg Telok Malek Jitra bersempena Sambutan Ambang Ramadhan 2023 di kawasan tersebut. PEDi Changlun turut dibantu PEDi Kodiang oleh beberapa staf PEDi dari kawasan Kubang Pasu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan.

Pembukaan booth tersebut bukan sahaja mempromosikan program Klik dengan Bijak malahan dapat mendedahkan para peserta Klinik Kesihatan Jitra kepada pelbagai topik yang diketengahkan di dalam program tersebut. Antara aktiviti yang turut memeriahkan booth adalah kuiz di mana ramai peserta yang telah melibatkan diri dalam menjawab kuiz-kuiz yang telah disediakan oleh staf PEDi.

Program tersebut telah bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 tengahari di surau Kampung Telok Malek Jitra Kedah. Diharapkan taklimat tersebut telah memberi faedah kepada para peserta yang hadir.

Maklumat lanjut sila layari http://kodiang.pimaxis.my/aktiviti/2023/27Mac23_270323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *