Program Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi

Pada hari 26 sehingga 27 Mac 2023 telah berlangsung program kepimpinan dan pengurusan organisasi anjuran Belia dan Sukan, Parit Buntar. Program yang dianjurkan bersama komuniti, remaja serta NGO-NGO diadakan di kompleks Rakan Muda Larut Matang, Perak. Program ini di hadiri oleh 30 orang. PEDi Bagan Serai juga turut mengambil bahagian dalam program ini.

Objektif bagi program kepimpinan dan pengurusan organisasi adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk membina jati diri dan memupuk nilai berdikari. Selain itu, melalui program ini komuniti dapat menanam sifat kepimpinan dalam diri dan dalam masa yang sama memberi pengalaman baharu kepada mereka melalui aktiviti yang dijalankan.

Maklumat lanjut, sila layari http://baganserai.pimaxis.my/aktiviti/2023/27Mac23_260323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *