Menggunakan Aplikasi Genially

Pada 23 Mac 2023, PEDi Repek berpeluang bekerjasama sekali lagi dengan Puan Siti Suraida, 42 iaitu seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang (SKSK) dalam mempelajari pelbagai instrumen pembelajaran digital. Program ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan sistem pendidikan yang semakin inovatif hari ini. Kelas kali ini berlangsung selama dua jam bermula jam 2 petang sehingga jam 4 petang.

Aplikasi digital yang digunakan pada sesi kali ini adalah Genially. Genially adalah platform yang ditujukan kepada pendidik untuk mencipta pengalaman belajar interaktif yang sangat sesuai untuk semua golongan terutamanya bagi para pelajar. Genially merupakan platform Premium yang percuma untuk digunakan namun begitu terdapat fitur-fitur khusus yang memerlukan pembiayaan untuk dilanggani. Jadi, kelas yang dikelolakan oleh Cik Aina, Penolong Pengurus PEDi Repek kali ini memberi penumpuan terhadap langkah-langkah dalam menyediakan material pembentangan interaktif menggunakan aplikasi Genially. Pertama sekali, beliau didedahkan dengan penggunaan simbol-simbol dan ikon-ikon yang terdapat pada paparan skrin Genially.

Antara fitur-fitur menarik yang disediakan adalah variasi templat pembentangan, infografik, pembentangan animasi, video, e-poster, kuiz, dan banyak lagi. Puan Suraida menunjukkan perkembangan yang sangat baik dalam mempelajari aplikasi digital ini melalui material pembentangan yang dihasilkan pada akhir kelas selepas tamatnya sesi pembelajaran hari ini dengan menggunakan fitur-fitur interaktif Genially. Beliau juga mempelajari cara-cara untuk memuatnaik hasil kerja beliau melalui pautan barcode yang boleh dikongsikan melalui pelbagai aplikasi pemudahcara seperti seperti Google Classroom, Microsoft Team, Facebook dan sebagainya.

Justeru itu, kakitangan PEDi amat mengalu-alukan kunjungan komuniti setempat yang berminat untuk menyertai kelas-kelas yang dianjurkan untuk komuniti yang baru berjinak-jinak dalam bidang IT dan ICT ini. Kini, Puan Suraida telah berjaya menerokai dan menguasai tiga aplikasi digital sebagai daya usaha untuk menjadi guru yang lebih kreatif dan kritis dalam mendidik generasi baru yang sangat sinonim dengan penggunaan teknologi.

Jadi, kami amat berbesar hati untuk terus membantu komuniti meningkatkan ilmu pengetahuan serta meningkatkan kemahiran digital dalam mengisi masa lapang dengan lebih bermanfaat untuk masa depan yang lebih baik.

Maklumat lanjut sila layari http://kgrepek.pimaxis.my/aktiviti/2023/26Mac23_260323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *