Emel & Advokasi

Pada 17 Mac 2023 yang lalu, bertempat di PEDi Bayong, satu kelas Emel dan Advokasi telah diadakan. Kelas ini telah dihadiri oleh 15 orang pelajar. Para pelajar diajar mengenai fungsi dan peranan emel. Pelajar juga didedahkan dengan cara menulis dan menghantar emel.

Dalam kelas ini mereka menulis emel kepada rakan mereka mengenai aktiviti sepanjang cuti sekolah. Kelas emel ini juga merupakan kerjasama dengan SK Udin. Dengan adanya kelas ini yang dijalankan sepanjang cuti sekolah, pelajar dapat mengisi masa cuti mereka dengan aktivti yang berfaedah dan memupuk minat dalam bidang ICT.

Kelas ini dijalankan selama dua jam bermula pukul 9 pagi sehingga 12 tengahari.

Maklumat lanjut sila layari http://bayong.pimaxis.my/aktiviti/2023/27Mac23_170323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *