Kelas Resume & KDB

Pada 25 Mac 2023, PEDi Gong Kulim telah mengadakan satu kelas secara personal kepada dua orang komuniti sekitar yang berkunjung ke PEDi untuk belajar cara membuat resume. Sepanjang kelas berlangsung, staf PEDi membantu para peserta memberi tunjuk ajar cara untuk membuat resume secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Canva.

Para peserta membuat resume masing-masing sambil di pantau oleh staf PEDi. para peserta turut di ajar cara untuk muat naik gambar berukuran passport dengan menggunakan whatsapp web. Kelas yang berlangsung selama hampir 1 jam Berjaya membantu para peserta menyiapka resume masing-masing.

Dengan adanya kelas-kelas ICT di PEDi, secara automatiknya dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar Pusat Internet untuk mengenali serta mempelajari asas Microsoft Word dan ICT untuk menyelesaikan tugas harian komuniti. Secara tidak langsung juga dapat melahirkan lebih ramai golongan ibu bapa dan pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.

Maklumat lanjut sila layari http://kggongkulim.pimaxis.my/aktiviti/2023/29Mac23_250323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *