Program Persediaan Permohonan Pekerjaan

Pada 25 Mac 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Program Persediaan Permohonan Pekerjaan bersama En. Clinton Jemut anak Asvester Ujan iaitu salah seorang staff dari Jabatan Tenaga Kerja Sri Aman. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara pengisian portal SPA9 dan SPP, penyediaan resume dan cara persediaan temuduga yang berkesan kepada para peserta.

Dalam program ini, peserta telah disoal mengenai halatuju mereka selepas menamatkan pelajaran di peringkat SPM atau STPM iaitu samaada melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, bekerja, berniaga atau berkeluarga. En. Clinton juga menerangkan tentang tatacara mendaftar dan mengisi maklumat dalam portal Suruhanjaya Pelajaran Malaysia (SPP) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Selain itu, beliau turut menjelaskan mengenai tatacara temuduga bagi calon yang terpilih iaitu contoh penyediaan resume yang baik, cara berpakaian dan penyusunan dokumen/sijil akademik yang sistematik dalam fail. Program diakhiri dengan sesi soal jawab bersama para peserta dan penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh Pengerusi AJK PEDi Melugu iaitu En. Bangga.

Maklumat lanjut sila layari http://melugu.pimaxis.my/aktiviti/2023/29Mac23_250323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *