Rumah Mesra Rakyat 2023

Pada 14 Mac 2023, bertempat di PEDi Jeram telah mengadakan kelas bagi membantu komuniti untuk membuat permohonan Skim spnb Rumah Mesra Rakyat. Pemohon diberi kemudahan komputer dan tunjuk ajar untuk mendaftar Borang Permohonan dan cara memohon skim Rumah Mesra Rakyat 2023 secara online RMR SPNB aspirasi rumah idaman rakyat atas tanah sendiri.

Antara golongan yang menerima gaji dan pendapatan rendah, tidak mempunyai rumah atau ada rumah sendiri tetapi sudah usang daif tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah yang jauh lebih baik, ini salah satu skim bantuan kerajaan bina rumah atas tanah sendiri iaitu rumah spnb yang boleh dimohon. Untuk makluman program spnb ini ditawarkan di seluruh negeri di Malaysia.

Program ini sememangnya diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang ada tanah tetapi mengalami masalah kewangan untuk mendapatkan pembiayaan dan pinjaman besar sediakan deposit beli rumah pertama contohnya ataupun bina rumah mampu milik sendiri.

Dengan adanya kelas ini dapat membantu komuniti dalam membuat permohonan atas talian dengan kemudahan internet dan lain-lain kemudahan untuk komuniti setempat.

Maklumat lanjut sila layari http://kgjeram.pimaxis.my/aktiviti/2023/27Mac23_140323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *