E-learning

E-learning (Kuiz Bahasa Melayu) ini berlangsung dengan baik. Kelas ini telah berlangsung dari jam 3.30 petang sehingga 5.30 petang dengan kehadiran 5 orang murid sekolah rendah. Objektif kelas e-learning ini adalah untuk mendedahkan kepada murid-murid terlibat bahawa mengulang kaji pelajaran juga boleh dibuat secara atas talian. Malah, ianya sangat menyeronokkan dengan menggunakan tablet.

Diharapkan kelas seperti ini dapat memberi manfaat kepada murid yang terlibat dan mengharapkan lebih ramai murid-murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Felda Taib Andak dan sekitarnya datang ke Pusat Ekonomi Digital Felda Taib Andak untuk menggunakan khidmat kami.

Maklumat lanjut http://feldataibandak.pimaxis.my/aktiviti/2023/QuizBMJun.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *