Asas Mewarna

Pada hari Sabtu lalu, 10 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu Aktiviti hujung minggu iaitu Aktiviti Mewarna – Asas Mewarna untuk Kanak-kanak Pra sekolah. Dalam aktiviti ini, seramai 2 orang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun telah menyertai aktiviti mewarna ini yang berlangsung selama 1 jam, bermula pada pukul 12:00 ke 1:00 tengah hari.Pada awalnya para peserta dikongsi dikongsikan dengan video “Klik dengan Bijak” iaitu “Lindungi Kanak kanak Daripada Pengantunan Dalam Talian” yang turut dikongsikan dengan kehadiran para penjaga kepada kanak-kanak tersebut.

Aktiviti kemudian diteruskan dengan mengenali Asas Mewarna ini diadakan adalah untuk membimbing kanak-kanak pra sekolah tersebut dalam mengenali warna dan menggalakkan kreativiti mereka untuk berkembang dalam mengenali warna-warna. Para peserta cilik kita juga disertai oleh penjaga mereka yang turun membimbing mereka untuk mengenali warna dan cara mewarna yang betul.

Sekali gus, aktiviti ini juga. Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu dalam membina keyakinan dalam diri kanak-kanak tersebut yang kini akan memasuki alam persekolahan dan bergaul dengan rakan sebaya mereka. Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.

Maklumat lanjut http://bengoh.pimaxis.my/aktiviti/2023/MewarnaJun.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *