Kenali Komputer Dan Google

Pada 12 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Asas ICT kenali komputer dan google pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari yang disertai oleh 3 orang peserta. Kelas ini mendedahkan komponen-komponen computer serta fungsinya dan penggunaan google sebagai peranti mencari maklumat. Pada kali ini kami memberi penekanan kepada penggunaan email serta cara menghantar email secara formal serta cara memasukan lampiran gambar atau dokumen lain.

Selain itu, kami berkongsikan tentang Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan. Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Maklumat lanjut http://braangbayur.pimaxis.my/aktiviti/2023/KnowGoogleJun.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *