E-Learning Asas ICT

Pada 11 Jun 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan E-Learning Asas ICT (Wordsearch) yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh lima orang pelajar. Dalam kelas ini, para peserta telah didedahkan dengan E-Learning berkaitan dengan asas ICT di mana mereka dikehendaki untuk membuat aktiviti pencarian perkataan (wordsearch) dengan menggunakan platform atas talian, thewordsearch.com.

Objektif aktiviti ini adalah untuk mendedahkan para peserta dengan asas ICT dan mengenal pasti setiap komponen komputer dengan lebih mendalam menggunakan kaedah E-Learning. Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Maklumat lanjut http://kgjeriah.pimaxis.my/aktiviti/2023/WordsearchJun.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *