Kelas Asas Shopee

Selasa bersamaan 13 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan kelas yang bertajuk “Kelas Asas Shopee”. Tujuan kelas tersebut diadakan untuk memberi pendedahan kepada usahawan PEDi mengenai Shopee. Kelas tersebut merupakan kelas bimbingan yang dikendalikan oleh Rakan Digital Spaoh dan berlangsung selama satu jam setengah dari pukul 2:30-4:00 petang.

Cik Ernia yang merupakan usahawan PEDi Spaoh ialah seorang pelajar maktab perguruan dan turut berniaga sebagai usaha untuk menampung sedikit sebanyak perbelanjaan pelajaran beliau. Terlebih dahulu, Cik Ernia telah diterangkan mengenai kebaikan menggunakan Shopee sebagai platform e-dagang beliau. Kemudian, kelas diteruskan dengan menerangkan kepada Cik Ernia perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk membuka akaun Shopee.

Antara intipati kelas tersebut ialah:

Pengenalan kepada Shopee.
Persediaan kedai di Shopee.
Seller Centre.
Cara muat naik produk.
Kategori kedai.
Langkah semasa menerima pesanan dan penghantaran.
Pusat pemasaran.
Mengurus kewangan dan jualan.
Cik Ernia juga telah diberikan beberapa tips jualan yang dapat membantu beliau untuk meningkatkan jualan di Shopee sepanjang kelas berlangsung. Pihak PEDi Spaoh berharap agar kelas pengenalan yang telah diadakan dapat membantu Cik Ernia dalam perniagaan kecil beliau di Shopee.

Maklumat lanjut http://kgbaruspaoh.pimaxis.my/aktiviti/2023/ShopeeJun.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *