Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Internet

Pada 2 Julai 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Internet yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 11:30 pagi bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang peserta dewasa. Dalam kelas ini, peserta telah dibimbing cara menggunakan Microsoft PowerPoint. Sepanjang sesi kelas berlangsung, peserta didedahkan dengan penggunaan animasi dan ilustrasi dalam Microsoft PowerPoint.

Seterusnya, peserta diberikan latihan membuat slaid perbentangan bagi memudahkan para peserta memahami apa yang telah diajar dengan lebih baik lagi. Di samping itu, peserta juga didedahkan dengan kebaikan dan keburukan internet. Peserta juga didedahkan dengan penggunaan emel dan pelayar web. Program ICT untuk dewasa ini diharap dapat memberi manfaat untuk para peserta dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka.

Maklumat lanjut http://kgjeriah.pimaxis.my/aktiviti/2023/PPJul.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *