Kelas Pemasaran Tiktok Shop

Rakan Digital PEDi Padang Rengas telah membantu menjalankan kelas TikTok yang disampaikan oleh Puan Intan Fatmawati kepada ahli Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM) Kawasan Lubuk Merbau yang berminat untuk memperluaskan jualan mereka secara dalam talian seterusnya dapat menjana pendapatan melalui platform TikTok Shop.

Mereka yang menyertai kelas ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan untuk membuka akaun tiktok shop dan juga cara membuat tiktok affiliate yang mana tidak memerlukan modal untuk memulakan perniagaan secara atas talian. Mereka juga turut mendapat tips-tips menjual produk secara dalam talian. Seramai 32 orang peserta telah mengikuti kelas TikTok ini. Petugas PEDi turut membantu dan mempelajari penggunaan aplikasi tersebut semasa program berjalan.

Maklumat lanjut http://padangrengas.pimaxis.my/aktiviti/2023/TikTokShopJun2.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *