Membina Struktur Menggunakan Lego

Pada 9 September 2023, seramai 5 orang pelajar dari SK Abg Buyuk telah menghadiri Kelas STEM yang telah diadakan di Bilik Latihan PEDi Kg Jerijeh. Peserta telah membuat aktiviti membina struktur menggunakan Lego. Aktiviti STEM ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi.

Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu aktiviti. Di akhir sesi kelas ini, peserta membentangkan hasil kerja secara individu. Kelas ini berlangsung selama 1 jam dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.

Maklumat lanjut http://kgjerijeh.pimaxis.my/aktiviti/2023/BinaStrukturSept.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *