Programme SME Digitise

Pada 23 Ogos 2023 yang lalu, pihak PEDi Sg. Bandung telah menyertai Online Briefing : Programme SME Digitise. Sepuluh buah PEDi di Serian Tebedu telah menyertai sesi taklimat ini. Petugas PEDi diberikan taklimat oleh petugas SDEC mengenai Programme SME Digitise. Petugas PEDi juga diminta untuk mewar-warkan program ini kepada usahawan-usahawan PEDi. SME Digitise ialah sebuah program selama satu tahun yang menawarkan modul latihan komprehensif untuk mendigitalkan perniagaan untuk beroperasi dengan cekap dan berkesan melalui alatan dan kemahiran digital.

Program ini merupakan kerjasama strategik antara yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dengan matlamat untuk meningkatkan penerimaan digitalisasi dalam kalangan PMKS di Sarawak. Objektif program ini adalah untuk menyediakan program pendigitalan secara menyeluruh selama 12 bulan untuk usahawan Sarawak, untuk merealisasikan usaha pendigitalan Kerajaan Negeri dan melahirkan komuniti usahawan yang celik digital di Sarawak.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *