Kelas ICT: Microsoft Word – Surat Rasmi Korporat

Pada 27 September 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas ICT Microsoft Word iaitu Surat Rasmi Korporat pada pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari yang melibatkan penyertaan dari seorang peserta dari komuniti setempat. Di dalam kelas tersebut, peserta mempelajari format menaip surat rasmi dengan betul seperti penggunaan size perkataan dan jenis font yang digunakan dan sebagainya.

Peserta turut diberi tugasan menghasilkan Surat Rasmi Korporat dengan mereka “header” seperti contoh yang diberikan. Tugasan akan dibimbing dan disemak segera oleh tenaga pengajar. Selain itu, kami turut berkongsi mengenai modul KDB iaitu berkaitan dengan kata laluan. Kami turut kongsikan beberapa tips keselamatan yang penting seperti penggunaan kata laluan yang kukuh dan selamat untuk digunakan dan banyak lagi. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta pada masa akan datang.

Maklumat lanjut https://bengoh.pimaxis.my/aktiviti/2023/SRCopSept.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *